Thursday, August 2, 2012

Pesanan Untuk Semua


Assalamualaikum sahabat-sahabat, yg sy kasihi..

Ntah kenapa sy rasa sayu sbnarnya dlm ketika menekan kekunci-kekunci ni..=)

Sy mempunyai suatu prsaan yg sgt ganjil ketika ini. Dlm meniti hari2 ramadhan yang tanpa disedari telah smpai di pertengahan ramadhan..skjap je rsanya..

Sahabat-sahabat.. sbnarnya pd suatu hari sys gat gembira kerana dipakaikan serban oleh seorang ulama yg terkenal di kedah ini, yg juga merupakn antara guru sy yg sy sgt kagumi. Meskipun kdg kala sy xdpat bersama-sama dlm kuliah beliau, sy sgt rindu akan beliau dan ilmu-ilmu beliau.. selepas mlm yg dipakaikan serban oleh beliau itu, smpai ke hari ini, sy hanyalah mampu mendengar kuliah-kuliahnya di youtube dan melihat gambarnya di google.. dan sejujurnya sy katakana, hati sy rindu pd guru tersebut, As-syeikh Zainol Asri bin Mohd Romli.
rindu pd Pak Long


Shinggalah suatu masa yg dttapkan, shbat sy mmanggil sy utk dduk dgannya beserta beberapa org shabat yg lain, dan dia berkata, “ad pesanan dari pak long”.
Byangkanlah perasaan sy pd masa itu..sedih, gembira, sayu, nk mengis.
Shabt sy menceritakan satu persatu daripada ap yg di pesan oleh beliau, yakni syeikh zainol asri, ataupun lebih mesra dgan panggilan pak long.

Pak long berpesan dlm kuliahnya mlm sblum itu, (pd masa ini, masih belum ramadhan, beberapa hari sbelum ramadhan). Dia dlm kuliahnya terlebih dahulu mengarahkan juru video utk menghentikan rakaman video.. kemudian, dia mengeluarkan satu buku kecil yg berada di bawah kitabnnya, dan kwn sy yg berada bersebelahan dgan Pak Long ketika itu, msih ingat bentuk buku tersebut yg ditulis tgan oleh Pak Long mennggunakan dakwat berwarna biru.

Pak Long memberitahu bahawa kita di Malaysia ini tidak sharusnya gembira kerana kita start puasa pd hari sabtu, kerana di negara-negara lain, ramadhan start hari jumaat. Pak Long memberitahu dgan membaca isi dlm buku kecilnya itu sebuah hadis, yg lebih kurang berbunyi,  akan sampai suatu masa, awl ramadhan pd hari jumaat, pertengahannya hari jumaat, dan akhirnya hari jumaat. Pada pertengahan Ramdhan itu, akan kedengaran suatu suara yg sangat kuat.. (ini sy translate ikut bhasa yg sy fham, mungkin berlainan dgan ap yg Pak Long dan shabat sy katakana, tp maknanya masih ad di situ.).. Pak Long beritahu, bhawa suara ini, bukan di Malaysia sahaja akn dgar, ttapi juga di seluruh dunia akan dgar..(dlm hati sy terdetik sy perkataan, “Allah, nak kiamat dah ke? Biar betol!”

Pak Long tambah lg, dlm pekikan suara tu, 70 000 orang akn pekak, 70 000 orang akan buta, 70 000 orang akn bisu, 70 000 orang akan gila dan 70 000 orang akan terbelah dada terburai sehingga ke perutnya.. Dan Pak Long bg amaran, boleh jadi pd Ramadhan ini, perkara ini terjadi..( sahabat2, klau kita masih xdpat istighfar apabila mendengar cerita ini, alangkah kerasnya hati kita..)

Pak Long memberitahu lagi, terdapat bbrpa ulama yg mendengar hadis ini pergi bertanya kepada ahli fizik dan sbgainya, lalu mereka berkata kemungkinan besar akan terdapat suatu gelombang yang akan dirasai oleh satu dunia..(saya pn xtau nk specific gelombang ap, dan puncanya, sbb xdiberitahu, wallahualam)
Pak Long beritahu hanya orang-orang yg bersujud shaja yg akan terselamat daripada suara itu. Rasionalnya sperti org yg lari daripada ledakan bom, hanya orang yg meniarap atau tunduk ke bawah akan terselamat, betul x.

Pak Long dengan nada yang serius berkata, “Kalau kita ni, mlm tu mmg tak tido la.” Shabat-sahabat, klau lah seorang ulama tu berkata begitu, kita yg jahil ni????????????
Pak Long mlm tu pn ad bertanya, amalan-amalan yg dipesan oleh beliau untuk dilakukan di bulan Ramadhan ni. Antaranya:
1.menyambut ramdhan di masjid
2. Qabliah dan ba’diah setiap solat fardhu
3. solat jemaah di masjid setiap waktu
4. selawat 3000 kali setiap hari
5. solat sunat dhuha 8 rakaat setiap hari
6. solat sunat tasbih 4 rakaat setiap hari
7. sedekah setiap hari
8.terawih 20 rakaat, 3 witir setiap hari
9. khatam Al-quran 3 kali sepanjang ramdhan
10. (xingat, rasenya ad 10, maybe yg witir tu kot.)

Secara ringkasnya itulah pesannya dahulu, dia tanya adakah kita mampu laksanakan tu..kalau mampu, “ap yg Allah nak bg di akhir Ramdhan nnt, redha jelah,” kata Pak Long. (Alhmdulillah, semoga kita semua ni bsungguh2 nak mengejar pahala yg Allah sediakn di bulan Ramdhan ni, semoga Allah beri kelapangan masa untuk kita lakukan amalan ini.)

Berbalik pada cerita tadi, Pak Long mmg serius dgan ap yg dipesannya.. sebenarnya sahabat, saya membayangkan kalau ap yg dikatakan oleh syeikh Zainol Asri itu, betul2 terjadi pd Ramadhan ini. Menurut Pak Long, perkara ni akan terjadi di pertengahan Ramadhan (lihat calendar, hari ini hari ap, dan berapa haribulan). Bila sy fikirkan, “Klau sy xpercaya pd kata-kata ulama Islam, kata-kata siapa lagi sy nak percaya?? Xkan mereka nak berbohong, xkan Nabi nak berbohong”  Dan yg lebih membuatkan sy sedih dan sayu, apabila Pak Long sendiri memberikan pesanan kepada sy secara individu semasa hari terakhir sy berjumpa beliau. Katanya, “munajah, insyaAllah. Munajah.” Sampai ke hari ini, sy rasa seperti beliau masih membisikkan kata-kata itu di telinga sy, juga pada saat sy menaip post ini.
Sahabat-sahabat, orang-orang yg sy syg, semua yg sy hormati, hanya sy nk muhasabah kembali diri sy dan kita semua, adakah kita sudah bersedia andai perkara ini berlaku, atau kita hanya nak dduk dan tunggu????

“Ya Allah, andai ini kesudahan kisah ini,
Berikanlah aku keimanan,
Ambillah nyawaku dlm keimananku kepadaMu,
Dan andai hati aku menangis saat Kau tarik nikmat ini daripadaku,
Dan pujuklah hatiku untuk redha akan ujianMu,
Sesungguhnya Kau tuhan yg sukan akan keikhlasan,
Maka jika ada ketidakikhlasan dalam hati aku ini,
Saat aku menekan kekunci-kekunci ini,
Maka Kau ikhlaskanlah hatiku,
Supaya menjadi pedoman,
Buat sahabat-sahabatku,
Rakan-rakanku,
Orang-orang yg aku sayang.”

Sahabat-sahabat, ini kisah benar. Sy jujur katakan.. Ada bbrpa kisah akhir zaman lg yg sy nak ceritakan, mungkin sy terpaksa tangguh di post yg lain, ataupun klau nk tau, jumpa sy dan sy akan cerita, InsyaAllah..Sy meminta maaf daripada sahabat-sahabat andai sy ad kesilapan di mana-mana, sesungguhnya sy ni manusia yg banyak kekurangan dan tiada ilmu yg tinggi untuk diberi pesan. Andai perkara ini berlaku, maka sama-samalah kita redha.. andai sebaliknya, ambillah ia sebagai iktibar. Dan walau ap pun yg akan terjadi, jgan pernah berhenti untuk beribadat kepada Allah dan mematuhi segala perintah dan laranganNya sbb itu mmg tugas kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya.

1 comment:

  1. ya Allah,
    tersentuh baca.
    semoga kita mendapat reda dari NYA
    pada bulan ramadhan yg mulia ni
    mohon share lagi banyak. :')

    ReplyDelete