Assalamualaikum sahabat-sahabat, yg sy kasihi..
Ntah kenapa sy rasa sayu sbnarnya dlm ketika menekan
kekunci-kekunci ni..=)
Sy mempunyai suatu prsaan yg sgt ganjil ketika ini. Dlm meniti
hari2 ramadhan yang tanpa disedari telah smpai di pertengahan ramadhan..skjap
je rsanya..
Sahabat-sahabat.. sbnarnya pd suatu hari sys gat gembira
kerana dipakaikan serban oleh seorang ulama yg terkenal di kedah ini, yg juga
merupakn antara guru sy yg sy sgt kagumi. Meskipun kdg kala sy xdpat
bersama-sama dlm kuliah beliau, sy sgt rindu akan beliau dan ilmu-ilmu beliau..
selepas mlm yg dipakaikan serban oleh beliau itu, smpai ke hari ini, sy
hanyalah mampu mendengar kuliah-kuliahnya di youtube dan melihat gambarnya di
google.. dan sejujurnya sy katakana, hati sy rindu pd guru tersebut, As-syeikh Zainol Asri bin Mohd Romli.
rindu pd Pak Long |
Shinggalah suatu masa yg dttapkan, shbat sy mmanggil sy utk
dduk dgannya beserta beberapa org shabat yg lain, dan dia berkata, “ad pesanan
dari pak long”.
Byangkanlah perasaan sy pd masa itu..sedih, gembira, sayu,
nk mengis.
Shabt sy menceritakan satu persatu daripada ap yg di pesan
oleh beliau, yakni syeikh zainol asri, ataupun lebih mesra dgan panggilan pak
long.
Pak long berpesan dlm kuliahnya mlm sblum itu, (pd masa ini,
masih belum ramadhan, beberapa hari sbelum ramadhan). Dia dlm kuliahnya
terlebih dahulu mengarahkan juru video utk menghentikan rakaman video..
kemudian, dia mengeluarkan satu buku kecil yg berada di bawah kitabnnya, dan
kwn sy yg berada bersebelahan dgan Pak Long ketika itu, msih ingat bentuk buku
tersebut yg ditulis tgan oleh Pak Long mennggunakan dakwat berwarna biru.
Pak Long memberitahu bahawa kita di Malaysia ini tidak
sharusnya gembira kerana kita start puasa pd hari sabtu, kerana di
negara-negara lain, ramadhan start hari jumaat. Pak Long memberitahu dgan
membaca isi dlm buku kecilnya itu sebuah hadis, yg lebih kurang berbunyi, akan sampai suatu masa, awl ramadhan pd hari
jumaat, pertengahannya hari jumaat, dan akhirnya hari jumaat. Pada pertengahan Ramdhan itu, akan kedengaran suatu suara yg sangat kuat.. (ini sy translate ikut bhasa yg sy
fham, mungkin berlainan dgan ap yg Pak Long dan shabat sy katakana, tp maknanya
masih ad di situ.).. Pak Long beritahu, bhawa suara ini, bukan di Malaysia
sahaja akn dgar, ttapi juga di seluruh dunia akan dgar..(dlm hati sy terdetik
sy perkataan, “Allah, nak kiamat dah ke? Biar betol!”
Pak Long tambah lg, dlm pekikan suara tu, 70 000 orang akn
pekak, 70 000 orang akan buta, 70 000 orang akn bisu, 70 000 orang akan gila
dan 70 000 orang akan terbelah dada terburai sehingga ke perutnya.. Dan Pak Long bg
amaran, boleh jadi pd Ramadhan ini, perkara ini terjadi..( sahabat2, klau kita
masih xdpat istighfar apabila mendengar cerita ini, alangkah kerasnya hati kita..)
Pak Long memberitahu lagi, terdapat bbrpa ulama yg mendengar
hadis ini pergi bertanya kepada ahli fizik dan sbgainya, lalu mereka berkata
kemungkinan besar akan terdapat suatu gelombang yang akan dirasai oleh satu
dunia..(saya pn xtau nk specific gelombang ap, dan puncanya, sbb xdiberitahu,
wallahualam)
Pak Long beritahu hanya orang-orang yg bersujud shaja yg
akan terselamat daripada suara itu. Rasionalnya sperti org yg lari daripada
ledakan bom, hanya orang yg meniarap atau tunduk ke bawah akan terselamat,
betul x.
Pak Long dengan nada yang serius berkata, “Kalau kita ni,
mlm tu mmg tak tido la.” Shabat-sahabat, klau lah seorang ulama tu berkata
begitu, kita yg jahil ni????????????
Pak Long mlm tu pn ad bertanya, amalan-amalan yg dipesan
oleh beliau untuk dilakukan di bulan Ramadhan ni. Antaranya:
1.menyambut ramdhan di masjid
2. Qabliah dan ba’diah setiap solat fardhu
3. solat jemaah di masjid setiap waktu
4. selawat 3000 kali setiap hari
5. solat sunat dhuha 8 rakaat setiap hari
6. solat sunat tasbih 4 rakaat setiap hari
7. sedekah setiap hari
8.terawih 20 rakaat, 3 witir setiap hari
9. khatam Al-quran 3 kali sepanjang ramdhan
10. (xingat, rasenya ad 10, maybe yg witir tu kot.)
Secara ringkasnya itulah pesannya dahulu, dia tanya adakah
kita mampu laksanakan tu..kalau mampu, “ap yg Allah nak bg di akhir Ramdhan
nnt, redha jelah,” kata Pak Long. (Alhmdulillah, semoga kita semua ni bsungguh2
nak mengejar pahala yg Allah sediakn di bulan Ramdhan ni, semoga Allah beri
kelapangan masa untuk kita lakukan amalan ini.)
Berbalik pada cerita tadi, Pak Long mmg serius dgan ap yg
dipesannya.. sebenarnya sahabat, saya membayangkan kalau ap yg dikatakan oleh
syeikh Zainol Asri itu, betul2 terjadi pd Ramadhan ini. Menurut Pak Long,
perkara ni akan terjadi di pertengahan Ramadhan (lihat calendar, hari ini hari
ap, dan berapa haribulan). Bila sy fikirkan, “Klau sy xpercaya pd kata-kata
ulama Islam, kata-kata siapa lagi sy nak percaya?? Xkan mereka nak berbohong,
xkan Nabi nak berbohong” Dan yg lebih
membuatkan sy sedih dan sayu, apabila Pak Long sendiri memberikan pesanan
kepada sy secara individu semasa hari terakhir sy berjumpa beliau. Katanya, “munajah,
insyaAllah. Munajah.” Sampai ke hari ini, sy rasa seperti beliau masih
membisikkan kata-kata itu di telinga sy, juga pada saat sy menaip post ini.
Sahabat-sahabat, orang-orang yg sy syg, semua yg sy hormati,
hanya sy nk muhasabah kembali diri sy dan kita semua, adakah kita sudah
bersedia andai perkara ini berlaku, atau kita hanya nak dduk dan tunggu????
“Ya Allah, andai ini kesudahan kisah ini,
Berikanlah aku keimanan,
Ambillah nyawaku dlm keimananku kepadaMu,
Dan andai hati aku menangis saat Kau tarik nikmat ini
daripadaku,
Dan pujuklah hatiku untuk redha akan ujianMu,
Sesungguhnya Kau tuhan yg sukan akan keikhlasan,
Maka jika ada ketidakikhlasan dalam hati aku ini,
Saat aku menekan kekunci-kekunci ini,
Maka Kau ikhlaskanlah hatiku,
Supaya menjadi pedoman,
Buat sahabat-sahabatku,
Rakan-rakanku,
Orang-orang yg aku sayang.”
Sahabat-sahabat, ini kisah benar. Sy jujur katakan.. Ada bbrpa kisah akhir zaman lg yg sy nak ceritakan, mungkin sy terpaksa tangguh di post yg lain, ataupun klau nk tau, jumpa sy dan sy akan cerita, InsyaAllah..Sy meminta maaf daripada sahabat-sahabat andai sy ad kesilapan di mana-mana, sesungguhnya sy ni manusia yg banyak kekurangan dan tiada ilmu yg tinggi untuk diberi pesan. Andai
perkara ini berlaku, maka sama-samalah kita redha.. andai sebaliknya, ambillah
ia sebagai iktibar. Dan walau ap pun yg akan terjadi, jgan pernah berhenti
untuk beribadat kepada Allah dan mematuhi segala perintah dan laranganNya sbb
itu mmg tugas kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya.
ya Allah,
ReplyDeletetersentuh baca.
semoga kita mendapat reda dari NYA
pada bulan ramadhan yg mulia ni
mohon share lagi banyak. :')