Thursday, August 2, 2012

Terlintas kat fikiranku..........

Alhamdulillah,  ya Rabb, alhamdulillah.
hari Kau bg aku hidup, hirup udara kat dunia ni, walaupun aku banyak sekali buat dosa.
Ya Allah, Kaulah tuhan yang maha penyayang, maha pemberi rahmat.
Sesungguhnya beruntunglah bg mereka yang ingat kepada kematian.
Aku akui sendiri ya Allah, lidahku menyebut, namun kadang kala aku masih lalai dengan dunia ni.
Aku dah cuba ya Allah, aku dah cuba.
Tp aku lemah ya Allah, bantulah aku ya Allah.

Kadang-kadang aku sendiri akan melakukan perkara yang Kau larang, terutamanya perkara yang orang lain xtau.
Ini semua sbb hati aku masih kotor.
Kotor dengan hasad dengki, iri hati dan sebagainya.
Kadang kala terpacul perkataan-perkataan kesat dari mulut aku ni bila lihat sesuatu yang aku tak suka di hadapanku.
Tak kurang juga dgan mengumpatnya.
Fitnah lg..(Allah.='( )
Dengan nikmat yang Kau berikan pada aku,
Adakah aku masih layak untuk digelar seorang Islam?
Bila aku nampak kekurangan orang lain, aku xberani untuk tegur mereka, aku segan untuk tegur mereka.
Aku pernah berkata, aku mahu tegakkan Islam di sekeliling aku.
Tapi dengan apa yang aku buat, aku tertanya-tanya, apakah yang telah Kau beritahu pd malaikat-malaikatMu tentang aku?='(
Astaghfirullah, aku rasa xlayak sungguh untuk Kau ceritakan pd siapa-siapa pun.
Bila berjalan di kalangan orang ramai, kadang kala mata jahat aku ni menjadi liar dan memandang perkara yang xspatutnya.
Allah, lemahnya imanku Ya Allah.
Adakah aku masih layak untuk digelar seorang Islam?='(
Jagalah hatiku Ya Allah, janganlah smpai jubah dan serban yang aku pakai, hanya untuk menunjuk-nunjuk dan menutup kejahilan diri aku.
Ikhlaskanlah niatku semata-semata kerana ingin mengikut sunnah kekasihMu, dan menjadi contoh kepada orang lain untuk mengamalkan sunnah.
Kau jadikanlah Islam itu begitu sebati dengan hatiku.
Kadang kala, aku meringan-ringankan suruhan Kau.
Aku terfikir, mulutku selalu berzikir, lidah ku selalu mengalunkan kata-kata keampunan, mataku juga sudah menitiskan air mata.
Tapi kenapa kadang kala, aku boleh tergamak untuk mengatakan dalam hati kecilku, "xpayahlah", "xpelah", "kejaplah", "nanti lepas aku siapkan ni, aku solat", bukan ni je, banyak lg kan Tuhanku?
Kadang-kadang tu aku menjadi seorang yg xsabar.
Bila berdoa, aku minta dipercepatkan, aku minta untuk dikabulkan doa-doa aku.
Kenapalah aku ni begitu jahil, sepatutnya aku sudah tahu, bahawa dunia ni Kau yg punya, apa-apa yang jadi pun, itu urusan Kau, dan aku hanya mampu meminta, Aku tak sepatutnya memaksa.
Kau yang mentadbir alam ini.
Kaki seekor semut yang bergerak pun adalah di bawah perancanganMu Ya Allah.
Aku sepatutnya yakin denganMu.

Allah, di saat aku menekan butang-butang ini, andainya aku mati.
Dan aku dijemput oleh Izrail.
Aku terfikir, apakah amalan yang aku nak bawak untuk pergi berjumpa dengan Kau.
Solat?  banyak lg yg xsempurna.
Puasa? adakah diterima puasa aku yg bercampur dengan banyak perkara sia-sia?
Zikir? banyak sangat ke?
Kebajikan? Allah, diri aku sendiri pun xterjaga.
Baca Al-quran? berapa je yg aku da khatam sepanjang aku hidup 20 tahun ni.
*ap lg ekkk???
(Astaghfirullah, ap lg ni???????????!!!!!)

Ya Allah...='(

No comments:

Post a Comment