Wednesday, August 1, 2012

Letih dan Rahmat

Ya, betul... 2 3 hari ini mmg rasa letih betul la.. xtaula.. bukan sbb letih buat kerja berat, tapi terlalu banyak rehat..

Terok..terok...

tapi ni lah dugaan berpuasa.. Cuba bayangkan klau kita xletih, tiap2 hari kita berpuasa, tapi kita cergas, xletih, xhaus.. pendek kata, kita lgsung xde rasa dugaan nk berpuasa tu...

sebenarnya ulama pernah ditanya, "Saya ni nak lakukan amal ibadat, sy nk ikhlas, tapi kenapa sy rasa letih, time tu la bmacam2 dugaan dtg, gastrik la, migrain la, sakit perut la.. klau time2 nak solat tu, time tu la rasa nk buang air.. time nak baca al-quran tu, time tu la ingat kat assignment yg belambak2 kat dlm beg yg belum bersentuh tu.. Mcm mana ni??"

Kata ulama, "Itulah rahmat Allah.."

Kita mengakui betul x, kalau kita buat sesuatu, yang hasilnya dari diri kita sendiri, dan kita bersusah pyah utk perkara tu, n at the end kita berjaya, setuju x klau sy kata kita hargai sgt2 benda tu.. ibarat ayam bertelur sebijik je, tapi stu kampung dia nk bagitahu..? Mcm dpat SPM cemerlang ke, graduate Phd ke, dpat beli kereta mahal hasil duit toreh getah hari2...=D senang kata, benda tu kita puas dgan hasil yg telah kita usahakan...

Dan kita pn mengakui kdg kala, dlm kita xsdar, kita xhargai benda2 yg kita dpat dgan senangnya n free, perkara yg kita dpat bukan hasil dari titik peluh kita.. Contohnya sorg dr kwn kita bg kita keychain dr tempat dia melancong, (sy bg contoh yg sgat2 obvious n brkait dgan nafsu kita sbgai manusia yg sukakan benda yg mhal, so xley la sy bg contoh handphone ke yg parents bg ke, or duit shopping yg parents bekalkan.. sbb tu benda mhal, of course kita akn hargai).. benda2 mcm keychain tu sume, (bg sy la) kdg2 klau kwn sy bg sy, sy ltak dlm beg n lupa yg dia ad bg keychain tu, n setelah sekian lama sy geledah beg sy, baru sy igat yg kwn sy prnah bg keychain tu pd sy..haha..
*minta maaf, bukan sbb xhargai, tp maybe sy ni mmg jenis yg pelupa

Obvious kn????
kita lebih hargai benda yg kita usahakan dri benda yg kita terima tanpa ad usaha dr diri kita sendiri...

Mcm tu jgakla dlm soal nak buat amal ibadat.. Mengapa Allah jadikan stiap amalan yg kita nak buat tu, walaupun amalan itu terang2 memang kita buat kerana Allah, nak buat pahala, bukannya buat dosa, tapi Allah turunkan ujian buat kita..? Hal ini demikian kerana sahabat2, adalah rahmat dr tuhan yg menciptakan kita..(Allah yg ciptakan kita, Dia tahulah!!)

Sebenarnya, ujian2 itulah yg akan menjadikan perjalanan kita mencari allah itu akan menjadi perjalanan yg begitu manis dan sangat menarik hati kita utk berada bersama2 dgan Allah.
Apabila kita beramal dan dtgnya ujian, di situlah dtgnya perjuangan kita dlm mengikuti ap yg Allah telah arahkan pd kita.. ingat ye sahabat, "Hidup ini adalah perjuangan"

Ketika perjuangan kita di atas muka bumi ini dihujani pelbagai dugaan dan cabaran, rintangan yg Allah beri itu kita dapat hadapinya dengan sangat perit dan pedih.. Itu lumrahnya, sgt pedih.. Namun, apabila smpainya satu masa, kita akan dpat merasakan keindahan iman itu ada bersama-sama kamu, di saat air mata yg berderai mencurah2 membasahi pipi sahabat2 sekalian, kita akan mula menitipkan kata2 keampunan dari hati kita yg kotor ni, merayu kepada Allah, di situlah kita akan rasakan betapa diri ini hina kerana mengharapkan kesenangan di dunia ini, di saat itulah kita akan rasa menyesal dan malu di hadpan Allah atas segala dosa yg kita dah lakukan..

"Ya Allah, hinanya diriku ini,
adakah aku masih layak utk berdoa padaMu Ya Allah,
adakah aku masih layak utk mengangkat tanganku n meminta,
setelah ap yg aku dah lakukan?

Aku ibarat budak kecil yg degil,
selalu menyalahkanMu,
Ya Allah, ampunkanlah aku yg hina ni.

Ya Allah, aku mencampakkan diriku di hadapanMu,
memohon keampunan dariMu, 
namun aku takut ya Allah,
takut seandainya Kau telah berikan keimanan kepadaku,
lalu aku kufur kembali,
maka Kau tetapkanlah keimanan dlm diriku,
peganglah tanganku ya Allah,
tariklah aku seandainya aku mula rebah,
seandainya aku mula dicengkam nafsu dunia ini,
bisikkanlah di hatiku ya Allah,
Dunia ini hanya sementara,

Sesungguhnya Kau lah yg menepati janji,
dan akulah yg lemah dan memungkiri janjiku padaMu,
tiada ap yg dpat ku berikan dan tiada amal yg dpat aku banggakan,
Redhakan diriku ini ya Allah."

Wahai sahabat, sy juga insan yg lemah, kita sama-sama usaha utk iman kita, ok??? 

InsyaAllah, kita boleh cerita2 lagi di syurga nnti kan?=)

No comments:

Post a Comment