Sunday, April 15, 2012

Ketuk hati kamu tu,,


Seorang guru pernah berpesan,
bahwa Rasulullah itu pernah berasa pelik dengan manusia.


Semua manusia itu tahu,
bahwa kematian pasti datang, 
menghampiri mereka tanpa sedar bagi mereka,
namun mengapa mereka masih mampu ketawa?


Semua manusia itu tahu,
bahwa penghisaban mereka kelak bukan mudah,
namun mengapa hari ini,
mereka berlumba-lumba mencari dunia?


Semua manusia itu tahu,
bahwa mereka sentiasa diperhati,
namun mengapa mereka tidak malu melakukan maksiat,
jarang sekali tampil peduli dengan Yang Berkuasa itu.


wahai manusia, 
sesungguhnya kamu harus sedar akan hakikat ini,
bahawa kamu mungkin manusia itu,
tapi sombong dengan tuhanmu.

Saturday, April 14, 2012

Senyumlah sikit.

Andai ada kesakitan yang Allah sulamkan pada tirai kehidupanmu,
 janganlah kau bersedih.
Andai ada kegembiraan pula yang Allah semaikan pada taman subur hatimu,
janganlah pula kau alpa. 

Bahkan letakkan hatimu dalam taman kesyukuran, 
di dalam taman itu terdapat segala keperluan 
yang mencukupkan hidup kau dari segala yang ada di dunia. 
sekiranya kau berada di taman itu, 
kau akan sentiasa berasa cukup dengan nikmat yang Allah berikan. 
walau kekurangan yang ada di dalam taman itu sekalipun, 
kau akan lihatnya sebagai satu nikmat. 

Ketahuilah insan, hati dan baju-baju kemewahan. 
setiap kegembiraan dan kebaikan itu, 
datangnya dari Allah. 
Setiap keburukan itu juga datangnya dari Allah. kerana Dia-lah yang menguasai dunia ini dengan kekuasaanNya. 

Tiada keupayaan untuk selamat daripada malapetaka juga maksiat, 
melainkan dengan pemeliharaanNya. 
Dan tiada keupayaan ketaatan kepadaNya 
melainkan dengan bantuan daripadaNya. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih. 
Mustahil bagiNya untuk menghalang hambaNya daripada berbuat kebaikan, 
melainkan ada kebaikan lain yang lebih besar 
yang hendak Dia berikan. 



Hati yang khuatir



Bismillahirrahmanirrahim.


Wahai tuhan yang menguasai hatiku,
Aku khuatir,
Andai sampai masaku kelak,
Aku masih sedang asyik,
menikmati nafsu duniawi.


Wahai tuhan yang menguasai hatiku,
Aku khuatir,
Andai sampai masaku kelak,
Diriku ini sudah buruk dimamah usia,
Dosa yang bersarang sudah lama di situ,
Tidak mungkin layak mendapat keampunan rahmatMu.


Wahai tuhan yang menguasai hatiku,
Aku khuatir,
Andai sampai masaku kelak,
Aku masih mencari-cari,
Siapa tuhanku,
Siapa nabiku.


Wahai tuhan yang menguasai hatiku,
Aku khuatir,
Andai sampai masaku kelak,
Aku gagal untuk menjadi hamba,
Yang mengamalkan Islam,
Yang menyampaikan Islam.


Wahai tuhan yang menguasai hatiku,
Aku khuatir,
Andai sampai masaku kelak,
Aku masih gagal mendidik isteriku, 
Menjadi bunga yang tunduk taat kepada penciptanya.


Wahai tuhan yang menguasai hatiku, 
Aku khuatir,
Andai sampai masaku kelak,
Keturunan-keturunanku,
Masih leka dengan nikmat-nikmatMu,
Tanpa menyadari siapa pemberi nikmat itu.


Wahai tuhan yang menguasai hatiku,
Aku khuatir,
Andai sampai masaku kelak,
Ibadah yang ku sangka penyelamat bagiku,
Rupa-rupanya terhenti di tengah-tengah perjalanan.


Wahai tuhan yang menguasai hatiku,
Aku khuatir,
Andai sampai masaku kelak,
Pintu taubat yang Kau sediakan,
Masih lagi menanti ketibaan diriku.


Wahai tuhan yang menguasai hatiku,
Sesungguhnya engkau lebih memahami isi hati kerdil diri ini,
Aku merendahkan sekeping hati, 
Yang selalu menjadi mangsa nafsu duniawi.




Friday, April 13, 2012

Bunga Berwarna Merah

Pemuda itu tidak pernah melihat syurga.
pada detik itu,
dia terpandang sekuntum Bunga Berwarna Merah.

Pemuda itu mahu,
bunga-bunga itu terus merah,
dan tidak layu.

Wahai Bunga,
ketahuilah kamu sekalian,
bahawa seorang lelaki menaruh hati kepada sekuntum bunga,
yang cantik luarannya,
apatah lagi harum baunya.

Hati seorang lelaki meronta-ronta, 
tatkala melihat sekuntum bunga yang cantik, itu fitrah mereka.

Mata lelaki akan sentiasa mencuri-curi,
mengintai bunga-bunga,
persis Rabiatul Adawiyah.

Hati lelaki akan sentiasa menginginkan,
sekuntum bunga berwarna merah,
yang tidak pernah disentuh siapa pun, 
tercemar oleh lumpur,
mahupun dihinggap lalat yang busuk.

Wahai Bunga, ketahuilah kamu sekalian,
seorang lelaki akan memandang bunga yang berwarna merah,
dengan pandangan yang berlatarkan keindahan al-Jannah,
dihiasi dirimu, Bunga Berwarna Merah.