Saturday, April 14, 2012

Senyumlah sikit.

Andai ada kesakitan yang Allah sulamkan pada tirai kehidupanmu,
 janganlah kau bersedih.
Andai ada kegembiraan pula yang Allah semaikan pada taman subur hatimu,
janganlah pula kau alpa. 

Bahkan letakkan hatimu dalam taman kesyukuran, 
di dalam taman itu terdapat segala keperluan 
yang mencukupkan hidup kau dari segala yang ada di dunia. 
sekiranya kau berada di taman itu, 
kau akan sentiasa berasa cukup dengan nikmat yang Allah berikan. 
walau kekurangan yang ada di dalam taman itu sekalipun, 
kau akan lihatnya sebagai satu nikmat. 

Ketahuilah insan, hati dan baju-baju kemewahan. 
setiap kegembiraan dan kebaikan itu, 
datangnya dari Allah. 
Setiap keburukan itu juga datangnya dari Allah. kerana Dia-lah yang menguasai dunia ini dengan kekuasaanNya. 

Tiada keupayaan untuk selamat daripada malapetaka juga maksiat, 
melainkan dengan pemeliharaanNya. 
Dan tiada keupayaan ketaatan kepadaNya 
melainkan dengan bantuan daripadaNya. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih. 
Mustahil bagiNya untuk menghalang hambaNya daripada berbuat kebaikan, 
melainkan ada kebaikan lain yang lebih besar 
yang hendak Dia berikan. 



No comments:

Post a Comment